Tuesday, April 22, 2014

Pemilik Blog Ini : Azlan Lin

Hj Azlan bin Lin

Saya mula bertugas pada 01.01.95 sebagai Guru Bahasa Melayu di 2 buah Sek Rendah di Johor. Saya juga adalah Guru Data Sekolah dan Penyelaras Makmal Komputer sekolah. 

Mulai 1998, saya menyambung pengajian peringkat Ijazah pertama di UKM dlm bidang Psikologi dan Komunikasi secara PJJ (perbelanjaan sendiri). 

Tahun 2007, saya mengikuti KSPK-TMK di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka selama setahun. Mulai 2008-2010, saya ikuti Pengajian Sarjana Pengurusan Pendidikan secara sepenuh masa di UPSI (Tajaan KPM). 

Mulai 2011, saya mula bertugas di IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Saya memiliki kepakaran dalam bidang Psikologi Pendidikan, Ilmu Pedagogi, Motivasi Keibubapaan, Kepimpinan Pelajar, Penceramah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), dan Kajian Tindakan.

Kini, saya sedang menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kepimpinan Pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Hubungi saya : 
1. azlanlin@iptho.edu.my
2. azlanlinn@yahoo.com

Related Posts:

  • Praktikum : Contoh Portfolio Keperluan Praktikum Praktikum adalah menjadi keutamaan dan kekuatan guru pelatih keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG). Ini kerana guru pelatih mendapat pengalaman langsung dalam situasi sebenar du dalam bilik darj… Read More
  • Tajuk-tajuk Kuliah EDU 3102 Tajuk-tajuk Kuliah:   Tajuk 1_Fitrah Kejadian Manusia Tajuk 2_Perkembangan Kanak-kanak Tajuk 3_Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak Tajuk 4_Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak Tajuk 5… Read More
  • KB1311D : Kemahiran Belajar Kemahiran Belajar KB1311D : Kemahiran Belajar: (Contoh nota) * kredit untuk AmalJaya Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan: Tajuk 1_Konsep Kemahiran Belajar & Kepentingannya Tajuk 2_Jenis-j… Read More
  • Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir (kredit : AmalJaya)   Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Kini, dikenali … Read More
  • Pemilik Blog Ini : Azlan LinHj Azlan bin Lin Saya mula bertugas pada 01.01.95 sebagai Guru Bahasa Melayu di 2 buah Sek Rendah di Johor. Saya juga adalah Guru Data Sekolah dan Penyelaras Makmal Komputer sekolah.  Mulai 1998, saya menyambung p… Read More

0 comments:

Post a Comment